Wednesday, 12 April 2017

Pakaian Tradisional Kaum Iban


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

KAUM IBAN
    Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainyaOrang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan siratserta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain tenundan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulukenyalang. Wanita Iban memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kembandan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri saratbarangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.
Pakaian Tradisional kaum Iban Wanita Orang Ulu pula, banyak menggunakan manik dan labuci sebagaipenyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif asodan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telingayang menjadi kebanggaan bagi wanitanya. Lelaki memakai kulit kambingsunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang.Wanita menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dannaga.Pakaian suku kaum Orang Ulu. 

7 comments:

  1. Salah satu warisan yang perlu dikekalkan oleh generasi pada hari ini.

    ReplyDelete
  2. sangat menarik blog anda kerana anda berusaha mengekalkan dan mempromosikan budaya dan adat kaum Iban. Cuma, kalau boleh cuba cari lagi makanan tradisional atau adat-adat yang lama yang dapat dikongsikan untuk tatapan umum.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay. terima kasih kerana atas komen yang diberi

      Delete
    2. okay. terima kasih kerana atas komen yang diberi

      Delete
  3. Terima kasih kak membantu saya mencari maklumat tentang budaya dan adat kaum Iban. Mudah kerja saya

    ReplyDelete

Rumah kaum Iban pada masa dahulu

Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan ke...