Wednesday, 12 April 2017

Rumah kaum Iban pada masa dahulu



Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar. Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal. Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik. Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas

Makanan Tradisional Iban




Manuk Pansuh – Hidangan Lauk Makanan Tradisional Iban Yang Paling Popular Dan Sangat Sedap

makanan tradisional orang iban sarawakBoleh dikatakan menu makanan Iban yang paling popular. Manuk Pansuh merupakan makanan kaum Iban yang sangat berpesonaliti dan kebiasaannya menjadi hidangan wajib ketika hari perayaan orang Iban seperti Hari Gawai.
Manuk Pansuh ini merupakan ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma.
Lauk manuk pansuh atau ayam pansuh ini memang sangat sesuai untuk dimakan bersama dengan nasi.

Pakaian Tradisional Kaum Iban


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

KAUM IBAN
    Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainyaOrang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan siratserta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain tenundan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulukenyalang. Wanita Iban memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kembandan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri saratbarangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.
Pakaian Tradisional kaum Iban Wanita Orang Ulu pula, banyak menggunakan manik dan labuci sebagaipenyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif asodan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telingayang menjadi kebanggaan bagi wanitanya. Lelaki memakai kulit kambingsunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang.Wanita menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dannaga.Pakaian suku kaum Orang Ulu. 

Rumah kaum Iban pada masa dahulu

Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan ke...